PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Sunday, August 12, 2012

GERMAN COOKIES


Projek mengukis dah pun bermula....bukan untuk jualan tp untuk diri sendiri, mertua dan mak jugak.Resepi yg telah maklang pilih2 dan kesemuanya sedap belaka pada tekak maklang. German cookies ni hangat satu ketika dulu tp maklang belum ada kesempatan nak try jadi tahun ni dengan semangat waja cuba gak lah buat cookies ni...tambahan pulak ramai bloggers yg dah buat...semuanya memberi feedback yg baik sekali. Pada empunya resepi tkasih banyaklah sbb share resepi ni. Maklang kidnap resepi ni di blog adik gebu kita sapa lagi Mat Gebu lee...hehehe...Maklang buat bentuk lain supaya npk cun le dan tempek taik lalat Latifah Omar kasi naik seri skit.Biskut ni sedap, lembut dan cair masuk mulut...


GERMAN COOKIES
Sumber : mat gebu

Bahan
250g butter
250g tepung kentang } ayak
160g tepung halus (maklang guna tepung gandum)}
80g gula icing
secubit garam

Cara:
1. Pukul butter dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. 
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
3.Ambil sedikit adunan dan terap ikut suka...kalo takmo terap ambik skit adunan, bulat2kan n tekan dengan garfu spt yg mat gebu buat tu ye.
4.Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit 


No comments: